1.1 Perkembangan Rangkaian
1969 - 1970
- ARPANET ( Advance Research Projects Agency Network ) dibangunkan dengantujuan untuk menghubungkan komputer-komputer yang letaknya berjauhan agar tetap dapat bertukar data-data.
1972
- Roy Tomlinson menyempurnakan program emel yang menggunakan atau untuk penyelidikan ARPANET.
- Diperluaskan ke University College di London.
- Vinton Cerf dan Bob Kahn membentangkan sebuah gagasan yang lebih besar yang menjadi pengasas pemikiran rangkaian antarabangsa (International Network) iaitu Internet.
1979
- Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin telah mencipta Newsgroups pertama USENET (User Network).
|
Tom Truscott |
|
Jim Ellis |
|
Steve Bellovin |
1981
- France Telecom telah mencipta dan menlancarkan telefon televisyen pertama dunia (penggunaan dapat saling berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan pautan video (video link)).
1982
- sebuah jawatankuasa Transmission Control Protocol (TCP) atau Internet Protocol (IP) mencipta protokol rasmi yang dapat diakui dan diterima oleh semua rangkaian.
1988
- Jarkko Oikarinen mencipta dan memperkenalkan Internet Relay Chat (IRC) membolehkan dua orang atau lebih pengguna komputer berinteraksi secara langsung dengan penghantar mesej (chatting).
1990
- Tim Berners Lee merancang sebuah program editor dan pelayar (browser) yang dapat melayari komputer dalam rangkaian yang dikenali sebagai WWW atau World WideWeb.
1992
- komputer yang telah membentuk rangkaian sudah melebihi 1000000 buah komputer.
- muncul satu istilah baru iaitu Surfing (menjelajah).
1994
- laman sesawang (website) dunia mulai tumbuh dengan subur (terdapat 3000 alamat halaman).
- David Filo dan Jerry Yang membangunkan Enjin Carian (Search Engine) yang pertama, iaitu Yahoo.